Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 6 April 2013

Apartment Haram Runtuh Di Mumbai

Ini ialah runtuhan blok apartmen haram yang sedang dibina di pinggir bandar raya Mumbai. Foto: guardian

Apartment yang runtuh ini menyebabkan lebih 45 orang terbunuh. Foto: AP

Mumbai merupakan bandaraya yang sibuk dan padat dengan setinggan. Foto: time


MUMBAI - Sekurang-kurangnya 45 orang maut tertimbus apabila blok apartmen haram yang sedang dibina di pinggir bandar raya ini runtuh, kata beberapa pegawai semalam. 
Bangunan tujuh tingkat itu runtuh petang kelmarin menjadi timbunan besi dan konkrit setinggi lapan meter yang menyukarkan kerja-kerja menyelamat. 
“Angka kematian terkini adalah 45 maut manakala 69 lagi cedera,” kata seorang jurucakap Majlis Perbandaran Thane, Sandeep Malvi. 
Bandar Thane terletak sekitar 35 kilometer dari sini. 
Media India melaporkan jumlah kematian mencecah 49 orang dengan polis memberitahu sekurang-kurangnya tujuh wanita dan 15 kanak-kanak turut terkorban. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.