Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 1 April 2013

Gadis Indonesia Patah Kaki Pertahan Kehormatan

Nadia yang patah kaki kerana menyelamatkan diri daripada dijadikan pelacur sedang dibantu oleh paramedik


MIRI - Seorang gadis Indonesia yang tidak rela dijadikan pelacur patah kedua-dua belah kaki selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan Sri Dagang di sini ketika cuba menyelamatkan diri daripada majikannya. 
Semasa kejadian pada pukul 1.30 pagi kelmarin, mangsa yang dikenali sebagai Nadia, 23, cuba melarikan diri melalui tingkap belakang sebuah bilik yang terletak di tingkat dua bangunan itu. 
Nadia yang berasal dari Jawa, Indonesia itu menggunakan kain selimut yang diikat di tingkap dalam usahanya melarikan diri tetapi ikatan kain tersebut terkoyak menyebabkan dia terjatuh dan mengalami patah pada kedua-dua tulang kakinya. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.