Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 10 Mei 2013

Kereta Terbang Akhirnya Jadi Realiti

Kenderaan ini boleh ditukar daripada mod memandu kepada mod terbang

Kenderaan ini dinamakan Transition dan dikeluarkan oleh syarikat Terrafugia, boleh terbang setinggi 1,400 kaki semasa ujian

Transition boleh diisi 23 gelen petrol dan menggunakan 5 gelen untuk penerbangan selama 1 jam

Apabila tidak berada di udara, Transition boleh menjadi kenderaan yang membawa dua penumpang di jalan raya

Kerajaan Persekutuan AS telah melonggarkan peraturan tertentu untuk membolehkan kenderaan seperti Transition menjadi realiti

Ini ialah gambaran model TF-X yang boleh menjadi kecil apabila sayapnya dilipat dan boleh disimpan di dalam garaj kereta.

Beginilah gambaran model TF-X semasa berada di jalan raya

TF-X boleh berlepas dari kedudukan menegak kerana ia mempunyai rotor pada sayapnya.

Gambaran artis ketika TF-X terbang di udara. Bagaimanapun model TF-X belum diuji dan harganya belum diumumkan


Kereta terbang bersedia untuk dijual kepada orang ramai seawal 2015. 
Syarikat Terrafugia telah mengumumkan reka bentuk Transition, yang merupakan sebahagian sedan dan sebahagian jet peribadi dengan dua tempat duduk, empat roda dan dua sayap yang boleh dilipat dan boleh dipandu seperti sebuah kereta, yang akan dijual dalam masa kurang daripada dua tahun. 
Firma Massachusetts itu juga telah mengumumkan rancangan mengeluarkan model TF-X yang lebih kecil dan dapat disimpan dalam garaj kereta serta tidak memerlukan landasan untuk berlepas. 
Tahun lalu, Transition berjaya terbang setinggi 1,400 kaki selama lapan minit. 
Jet komersial terbang pada 35,000 kaki. 
Walau bagaimanapun, ia tidak akan dijual dengan harga yang murah kerana Transition berharga US$300,000 (RM900,000) sebuah. 
Selain itu, pemiliknya mesti mempunyai lesen juruterbang, dan perlu lulus ujian termasuk melengkapkan 20 jam masa penerbangan. 
Walaupun terdapat kemajuan dalam teknologi Transition, namun pengkritik berkata ia masih belum mencapai wawasan kereta terbang yang dilihat dalam banyak filem-filem SCI. 
Untuk menjawab soalan pengkritik, Terrafugia kini mengeluarkan reka bentuk Model TF-X. 
Tidak seperti Transition yang memerlukan landasan, TF-X boleh berlepas dari kedudukan menegak kerana ia mempunyai rotor pada sayapnya. 
Rotor ini akan berfungsi sama seperti rotor helikopter. 
Ia dijangka dapat terbang tanpa henti untuk 500 batu. 
Bagaimanapun Model TF-X belum diuji dan harganya belum diumumkan. 
Terrafugia berharap model TF-X sedia untuk dijual dalam tempoh lapan hingga 12 tahun. 
Seperti Transition, anda perlukan 20 jam penerbangan dan lesen juruterbang untuk memandu TF-X. 
Kereta terbang sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam imaginasi Amerika. 
Para pencipta telah cuba untuk membuat kereta terbang sejak tahun 1930-an, menurut Robert Mann, seorang penganalisis industri penerbangan yang memiliki RW Mann & Co di Port Washington, New York. 
Tetapi Mann menganggap Terrafugia berada di hadapan berbanding pihak lain untuk menjadikan kereta terbang sebagai realiti. 
Bagaimanapun Mann mempersoalkan saiz pasaran untuk Transition. Pasaran penerbangan umum telah merosot selama dua dekad, katanya, sebahagian besar kerana kos bahan api dan kos liabiliti yang tinggi bagi pengeluar. Juga, semakin kurang orang yang belajar untuk terbang. 
"Ia tidak akan menjadi pesawat murah untuk dihasilkan atau dipasarkan," katanya. - MailOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.